Tuesday, 6 January 2015

Labuan - beach,beach,beach!

Labuan terletak di Borneo Malaysia yang menjadi salah satu Wilayah Persekutuan, terkenal dengan kecantikan pantai dan kebersihan kawasan sekitar Labuan. Sana sini memang jumpa laut, bandar pun tepi laut, makan tepi laut, tidur pun boleh dengar bunyi deru ombak laut. Labuan yang bestnya banyak spot places untuk wedding/convo photography dan juga untuk photographer tegar...

Banyak cara untuk ke Labuan :
  1. Kapal Terbang - penerbangan terus tanpa henti dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu
  2. Feri Ekspres dari Kota Kinabalu (RM34+) /Brunei
  3. Feri kenderaan dari Menumbok, Sabah. Harga tiket kenderaan beserta pemandu adalah bergantung kepada plat nombor dan jenis kenderaan. Harga tiket penumpang ialah RM2.50 (MyKad) dan RM5 (bukan pemegang MyKad)
  4. Speedboat dari menumbok. RM7.50(MyKad) dan RM15 (bukan pemegang MyKad).


Di bawah ni saya belanja sebahagian pantai-pantai di Labuan. Ada banyak lagi, tapi ni ja yang sempat dirakamkan. Waktu ni lepas Asar, bawa sepupu-sepupu dan kawan-kawan dia pusing-pusing Labuan.



Ni scenery di Kg. Pohon Batu. selalu orang picnic/lepak sini.




Labuan War Memorial Park - tugu peringatan bagi pejuang-pejuang Perang Dunia Ke-2 semasa serangan Jepun ke atas Labuan.

Antara pejuang Australia yang terkorban.



abaikan model tersebut. Gambar ni diambil di kawasan depan Ujana Kewangan, Bukan taman, tapi most of Labuan area memang unik dan sedia cantik macam ni.
Scenery di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.



semua gambar adalah hakcipta terpelihara bagi the Sabahan traveller. memplagiat adalah satu kesalahan.

Pulau Kapas, Terengganu


Pulau Kapas adalah salah satu pulau kebanggaan Terengganu yang terletak di Marang. Trip ni sekitar Mei 2012, trip budak2 research universiti. Kitorang pergi berempat ja, sponsored all-in. Dari UKM, kami bergerak malam dan tiba di jeti sekitar lepas subuh. Dalam jam 10 pagi baru la dapat bot untuk masuk ke Pulau Kapas. Tambang bot tak ingat pula. 

'view' kawasan jeti

bot ke Pulau Kapas
gambar senget (=_=!)

 Sampai di Pulau Kapas, terus check-in chalet di Kapas Island Resort. Memang kami awal-awal sudah booked thru phone call. Pakej untuk penginapan ni memang sekali dengan breakfast. Lepas settle semua, kitorang ambil angin, pusing-pusing sekitar kawasan chalet. Ada banyak lagi Resort di sini, tapi rasanya ni paling reasonable. Harga per night tak ingat berapa. Sebelah coffeehouse resort ni ada disediakan swimming pool dan court bola tampar pantai :) Seronok la untuk santai-santai, suasana memang sangat tenang.

Reception Kapas Island Resort

Chalet



Pemandangan sekitar pantai boleh tengok di bawah. Kalau nak snorkeling, scuba memang ada di sini, banyak pondok-pondok yang jual package. Aktiviti mencandat sotong pun ada... Di jeti Marang tu pun ada juga kedai-kedai jual pakej, tapi masa kami sampai tu, kedai lambat buka, ada yang sudah buka, tiada orang pula di kaunter. Apa la tu?




Tu bukan chalet, tu rumah tinggal taw


ada kemudahan main bola tampar pantai :)


Salah satu kiosk untuk diving/scuba package


Ada swimming pool sebelah cafe




Air laut pun cantik, jernih sangat..



Bangunan tu tempat jual souvenir


Ok, tu ja setakat ni bleh share, untuk lebih lanjut, boleh cek sini.

Monday, 5 January 2015

New Year 2015

Assalamualaikum w,b.t dan Selamat Tahun Baru 2015!

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan dan memberi lebih nikmat kepada kita semua. Moga jua dipermudahkan setiap urusan.

Aamiin ~