Labuan terletak di Borneo Malaysia yang menjadi salah satu Wilayah Persekutuan, terkenal dengan kecantikan pantai dan kebersihan kawasan sekitar Labuan. Sana sini memang jumpa laut, bandar pun tepi laut, makan tepi laut, tidur pun boleh dengar bunyi deru ombak laut. Labuan yang bestnya banyak spot places untuk wedding/convo photography dan juga untuk photographer tegar...
Banyak cara untuk ke Labuan :
- Kapal Terbang - penerbangan terus tanpa henti dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu
- Feri Ekspres dari Kota Kinabalu (RM34+) /Brunei
- Feri kenderaan dari Menumbok, Sabah. Harga tiket kenderaan beserta pemandu adalah bergantung kepada plat nombor dan jenis kenderaan. Harga tiket penumpang ialah RM2.50 (MyKad) dan RM5 (bukan pemegang MyKad)
- Speedboat dari menumbok. RM7.50(MyKad) dan RM15 (bukan pemegang MyKad).
Di bawah ni saya belanja sebahagian pantai-pantai di Labuan. Ada banyak lagi, tapi ni ja yang sempat dirakamkan. Waktu ni lepas Asar, bawa sepupu-sepupu dan kawan-kawan dia pusing-pusing Labuan.
 |
| Ni scenery di Kg. Pohon Batu. selalu orang picnic/lepak sini. |
 |
| Labuan War Memorial Park - tugu peringatan bagi pejuang-pejuang Perang Dunia Ke-2 semasa serangan Jepun ke atas Labuan. |
 |
| Antara pejuang Australia yang terkorban. |
 |
| abaikan model tersebut. Gambar ni diambil di kawasan depan Ujana Kewangan, Bukan taman, tapi most of Labuan area memang unik dan sedia cantik macam ni. |
 |
Scenery di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
|
semua gambar adalah hakcipta terpelihara bagi the Sabahan traveller. memplagiat adalah satu kesalahan.
No comments:
Post a Comment